Monday, December 5, 2011

Melihat Dunia dari 2 mata ku DEC 2011

Tahun ni berlalu begitu pantas pejam celik pejam celik, naik copper turun copper dah bulan DEC.
2012 tahun yang bangsa maya megatakan akan berakhinya tamadun dunia.
panas tu, masih tergambar gambar wayang 2012 yang saya tengok tahun lepas.

Tahun ni banyak bencana dan peristiwa besar berlaku
1. Arab upraising
2. Japan tsunami
3. Gelombang kemerunduman ekonomi dunia seperti Greek dan US
4. Gempa bumi yang bersahut shutan sampai dah tak ingat dah kat mana semuanya  hampir seluruh pelusukDunia megalami gempa Bumi.

Dashyat gak Tahun ni tak tahu lah Tahun depan macam mana pulak.
Dari segi ilmu saya banyak mendalami dan mengkaji tentang akhirul zaman tentang iluminanti, freemason, secret sociaties, kejatuhan kalifah, altar terrahsia bangsa Melayu dan banyak lagi bende bende yang di katogerikan sebagai pengatahuan Bawah tanah.
Best things happen to me this years berjumpa dengan blog mistifiles tapi dah tak boleh masuk harap harap moderator blog tu invite aku. Tahun ni gak aku tuka keta baru beli Recond Honda oddssey one of my dream car, rumah aku siap renovate dan dah start masuk pun bila aku balik dari laut.
My mom come to my house while my wife on vecation to UK. dan DEC ni familiy dari sabah datang sini Best tu. 

Kat sini saya ingin memberi peringatan pada kejahatan puak puak yahudi sesat Zion yang di dukogi oleh freemason dan iluminati. dan dalil dalil perancagan jahat mereka ada jelas dalam al quran.

Hal ini dijelaskan dalam ayat berikut:

Mereka menjalankan tipu daya dan Allah mengagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang mengagalkan tipu daya. Surah al-Anfal: 30

Allah s.w.t memerangkap materialis dengan membuat mereka mendakwa akan kemutlakan kebendaan dan sekaligus menghina mereka tanpa disedari. Golongan materialis mengira harta, status, kedudukan, masyarakat yang mereka anggotai, seluruh dunia dan sebagainya adalah wujud dan bahkan, semakin angkuh berdegil menentang. Allah dengan bergantung kepada semua ini. Mereka memberontak menentang Allah dengan menjadi bongkak dan semakin degil ketika berkeras degil menentang-Nya. Tetapi, mereka terlalu lemah sehingga gagal untuk memikirkan bahawa Allah meliputi sekeliling mereka. Allah s.w.t. menyatakan situasi yang dialami akibat kebodohan mereka sendiri:

Bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat kerana orang-orang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahantya. Surah at-Thur: 42


Ini merupakan kekalahan paling tragik dalam sejarah. Di saat keangkuhan mereka semakim membuak-buak, materialis telah diperdaya dan ditumpaskan dengan keaiban di dalam pemberontakan yang mereka rancang untuk menentang Allah. Ayat berikut menunjukkan bagaimana perasaan mereka dihanytkan ketika beria-ia menderhaka menentang maha Pencipta dan Al-Qur'an menjelaskan saat akhir yang pasti buat mereka:

Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya. Surah Al-An'aam: 123

Di dalam ayat yang lain juga disebut perkara yang sama:

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Surah al-Baqarah: 9

Di saat berkomplot, mereka tidak menyedari fakta penting yang disebut dalam ayat di atas, 'mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya'. Kenyataannya, segala apa yang mereka alami adalah bayangan yang dicipta untuk menjadi pergantungan dan setiap komplot yang mereka persiapkan merupakan khayalan yang terbentuk di dalam otak mereka, dan begitu juga dengan tindak tanduk mereka. Kebodohan telah menyebabkan mereka terlupa pada hakikatnya mereka adalah bersendirian berhadapan dengan Allah dan akibatnya mereka terperusuk masuk ke dalam jerat yang mereka pasang sendiri.
Seperti golongan kafir yang hidup di masa silam, mereka yang hidup hari ini juga berhadapan dengan realiti yang bakal memusnahkan seluruh perancangan jahat mereka hingga ke akar umbi. Allah berfirman bahawa perancangan ini telah pun digagalkan sejak hari ini direncanakan:
Kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. Surah an-Nisaa': 76
Allah turut berfirman memberi khabar gembira kepada para mukmin di dalam ayat:
Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun. Surah Ali-'Imran: 120
Di dalam sepotong ayat lain pula menegaskan:
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas (fatamorgana) di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya; dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisab-Nya. Surah an-Nuur: 39
Materialisme yang dicipta sebagai alat untuk menentang Allah juga telah menjadi 'fatamorgana' seperti yang disebutkan di dalam ayat di atas. Di saat mereka berlari mendapatkannya, mereka hanya akan mendapati sebuah ilusi. Allah telah memperdayakan mereka dengan sebuah fatamorgana dan dengan menerima seluruh himpunan imej sebagai benar. Seluruh tokoh 'kehormat' ini, para profesor, ahli kaji bintang, ahli biologi, ahli fizik, dan sebagainya tanpa mengira darjat dan kedudukan mereka telah tertipu seperti anak kecil dan diaibkan akibat bertuhankan material. Mereka mendakwa himpunan imej sebagai mutlak dan meletakkan dasar falsafah dan ideologi mereka di atasnya serta terlibat di dalam perbincangan yang berprestij dan diterima sebagai wacana 'intelektual' terkenal. Mereka merasa sudah cukup bijak untuk menawarkan argumen tentang kebenaran alam semesta, dan yang lebih memalukan, mereka mempertikaikan Allah dengan kebijaksanaan yang amat tebatas. Allah menerangkan situasi ini di dalam ayat berikut:
Dan orang-orang itu pun merancang tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya; dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas tipu daya. Surah Ali-'Imran: 54
Untuk melepaskan diri daripada perangkap yang dibuat oleh manusia adalah mungkin mudah namun, perancangan Allah menentang mereka adalah sangat rapi dan kemas sehingga tertutup seluruh pintu keluar bagi mereka. Apa sahaja yang akan mereka lakukan dan tempat mereka merayu, tidak ada pelindung bagi mereka melainkan Allah Azza Wajalla:
Dan mereka pula tidak akan memperolehi sesiapa pun selain daripada Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka. Surah an-Nisaa': 173
Materialis tidak pernah menyangkan akan terjatuh ke dalam perangkap hebat ini walaupun pada asasnya mereka berkuasa mengeksploitasi seluruh khazanah abad 20 untuk kepentingan sendiri dengan harapan akan berjaya memperhebatkan penafian mereka dan mengheret manusia ke lembah kekufuran. Mentaliti dan saat akhir bagi mereka diumpamakan seperti berikut di dalam al-Qur'an:
Dan mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka. Iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya. Surah an-Naml: 50-51
Ayat di atas memberi makna: materialis telah menyedari bahawa segala-galanya adalah sekadar ilusi dan pasti akan musnah. Mereka menyaksikan seluruh harta kebendaan, keluarga, anak dan isteri serta fizikal jasmani (yang mereka sifatkan sebagai wujud mutlak) terlepas satu demi satu dari genggaman. Mereka telah 'hancur musnah' seperti yang disebutkan di dalam Surah an-Naml. Di saat itu tidak terdapat sebarang entiti material melainkan roh.
Suatu yang amat pasti, hakikat ini amat menakutkan untuk difahami bagi golongan materialis. Dengan memahami kenyataan bahawa segala yang mereka miliki hanyalah ilusi adalah umpama seperti, dengan perkataan mereka sendiri, 'mati sebelum mati' di dunia ini.
Mereka akan dibiarkan bersendirian berhadapan dengan Allah seperti yang tergambar dalam sepotong ayat:
Biarkan Aku sahaja membalas orang yang Aku ciptakan dia seorang diri. Surah al-Muddathir: 11
Fakta ini telah diulangi di dalam beberapa ayat lain:
Dan demi sesungguhnya! Kamu tetap datang kepada Kami dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu... Surah Al-An'aam: 94
Dan mereka masing-masing akan datang menghadap-Nya pada hari kiamat dengan seorang diri. Surah Maryam: 95
Dengan kata lain, ayat di atas memberi suatu pengertian bahawa mereka yang mengambil kebendaan sebagai tuhan, pada hakikatnya adalah berasal dan pasti akan kembali kepada-Nya. Mereka akan menyerah nasib mereka kepada Allah s.w.t. samada akur atau tidak. Kini, apa yang mereka nantikan tidak lain ialah saat perhitungan di mana setiap manusia akan dihisab walau betapa degil sekalipun mereka enggan untuk memahaminya.

penerangan di atas di ambik daripada laman web harunyahya.